Tuesday, August 11, 2009

Exam PTD oh exam PTD

PTD atau Pegawai Tadbir dan Diplomatik nih memang impian ramai orang yang ingin menceburkan diri dalam kerajaan nih. Orang kata, kerjaya sebagai PTD ni memang cepat naik pangkat, tapi xtaula berapa benarnye kenyataan tu. Tapi one thing for sure is dengan PTD ni la kita boleh mencapai kedudukan paling tinggi dalam kerajaan tanpa terlibat dalam politik iaitu peringkat Ketua Setiausaha Negara (KSN). So no wonderla exam nak masuk dia bukan main susah lagi.

So nak citer skitla pasal pengalaman aku amik exam PTD nih buat kali kedua pada 8/8/09 arituh kat Hotel JA Residence Johor Bahru. Hmm.. Dapat surat menduduki exam tu 2 minggu sebelum exam, so ada la masa nak study2 sket2.

Exam ni ada 5 session. Roughly mcmni la lebih kurang..

Session 1 - Pengetahuan Am.
Standardla soalan pasal pengetahuan am, sejarah, perlembagaan, kabinet, etc..
Antara contoh soalan yang aku ingatla:
- Apakah fungsi RAM(Random Acces Memory) dalam PC.
- Pilih Nilai2 1Malaysia yang betul.
- Pernyataan yang benar pasal Dewan Rakyat & etc..
So, jawable yang mana tahu, yang mana tak tahu tu pejam mata, tembak jerla..

Session 2 - Daya Menyelesaikan Masalah
Banyak soalan Matematik dan soalan logic. Soalan xsusah sangat tapi perlukan kecekapan mengira. Kalo tak memang xcukup masa.

Session 3 - Pengertian dan pemahaman esei
Dua esei bahasa Melayu dan 2 esei bahasa Inggeris. Soalan ni xde masalah sangat asalkan kita faham esei tu.

Session 4 - Esei Bahasa Melayu
Soalan Esei ni mcm biasala menguji pemikiran kita dalam mengeluarkan idea2 yang bernas dan hujah2 yang menyokong point kita.
Soalan 1 - Langkah2 yang boleh dilaksanakan oleh semua pihak dalam menangani penyakit berjangkit.
Soalan 2 - Masalah pembantu rumah. Bincangkan langkah2 penyelesaian
Soalan 3 - Berbagai langkah kerajaan untuk menggalakkan aktiviti pelancongan tapi pelancong masih rendah. Bincangkan. (lebih kurang mcmtu lah soalan dia..)

Session 5 - Esei Bahasa Inggeris
Soalan 1 - Suggest 3 way in which Gov can promote recycling to public. Support with example
Soalan 2 - Definition of success differ from person to person. Academic qualification always commonly factor for success. How far is this true. Discuss.
Soalan 3 - Public servis in Malaysia. Have it produce good result to public? Discuss (lebih kurang mcmni la, dah lupa dah..)

Hmm mcmtu la lebih kurang soklan2 dia.. Kesimpulannye, cubala yang terbaik. That's the best thing to do. Selebihnyer tawakkal la kepada Allah swt.

Saja saya kongsikan disini untuk panduan bakal2 yang akan amik exam yang akan datang.. Harap berguna la ye.. Peace...

3 comments:

  1. hermm..mmg panduan berguna ni..ada gak plan nak mencuba nasib..hehe
    cikgu gstt skolah aku br je dapat ptd..kecik mcm aku..tapi more soft spoken x sangka dia bleh dapat..try la sipu..

    ReplyDelete
  2. chaiyuk sipu!tp itot experience, gred M ni ramai orang tak suke.. hehe

    ReplyDelete
  3. betul...aku stuju. da byak kes. tp sipu try la...study ngan ina k...

    ReplyDelete